Masih Banyak Perlu Diperbaiki Skuad Negara

MALAYSIA terpaksa menelan hakikat masih ada jurang yang perlu dirapatkan dengan musuh tradisi, Thailand selepas kecundang dalam aksi final Siri Super Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa (Istaf) Kedua di Palembang, Indonesia, semalam.

Ketajaman servis tekong Thailand, Sakha Siriwat sentiasa meraih mata serta libasan bertenaga Pornchai Kaowkaen yang bijak melepasi hadangan pemain negara memastikan juara dunia serta Siri Super Pertama itu menamatkan cabaran Malaysia dalam aksi tiga set.

Malah tekong negara, Mohamad Fadzil Mohd Asri kerap kali gagal meraih mata ketika melakukan servis menambah duka skuad kendalian Jamaluddin Hassan untuk memberikan saingan bermakna.

Namun skuad negara memulakan saingan dengan cuba memberikan cabaran pada peringkat awal sebelum Thailand mula mendapat rentak untuk meraih kemenangan pada set pertama 15-9 yang terus membakar semangat anak-anak buah jurulatih Kamol Tankim- hong mencatat kemenangan mudah 15-5 pada set kedua.

Jamaluddin membuat pertukaran pada set ketiga apabila mengeluarkan apit kanan, Norshahruddin Mad Ghani dan menggantikannya dengan Mohd Fadzli Mohamad Roslan yang bijak memainkan peranan untuk membolehkan skuad negara mendahului 7-2 namun ia tidak mampu mengekang Thailand yang bangkit memungut mata bagi menamatkan saingan dengan keputusan 15-8 sekali gus kemenangan 3-0.

Sementara itu skuad wanita negara meraih tempat kelima kejohanan apabila menewaskan Jepun yang terpaksa akur di tangga terbawah dalam enam pasukan yang bersaing.

Namun skuad kendalian Md Fikri Md Nor itu dikejutkan Jepun pada set pertama apabila tewas 10-15 sebelum bangkit memenangi tiga set berikutannya dengan keputusan 15-10, 15-10, 15-10 bagi keputusan akhir 3-1.

Sumber : Harian Metro

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s