Kegagalan Tekong melakukan servis menjadi punca utama!

Dari 106 orang yang mengundi, 33% memilih kegagalan tekong – secara lebih tepat Azman (Man Kuda) melakukan servis sebagai punca utama kekalahan Malaysia kepada Thailand pada perlawanan akhir ISTAF World Cup 2011. Perkara ini juga menjadi bualan ramai sama ada di kalangan pemain atau peminat sepaktakraw sendiri. Luahan kekecewaan ini amat di rasai ketika di dalam Stadium Titiwangsa apabila penonton menjerit – “Tukar! Tukar! Tukar!” setelah Man Kuda tidak mampu menyempurnakan servis – malah ketika melakukan cubaan ketika pemanas badan juga servisnya tidak langsung masuk.

Saya sempat menemubual beberapa orang bekas pemain negara bagi mendapatkan pandangan mereka mengenai perkara ini. Antara pandangan mereka berbunyi begini
 
“Man Kuda ‘sejuk’ kerana laluan Malaysia ke final lebih banyak menggunakan khidmat Ah Seng”
“Malaysia tak cukup panas kerana laluan mudah ke final”
“Bagaimana dia boleh gagal servis sedangkan sudah berlatih bersama untuk beberapa tahun”
“Muka Man Kuda takde darah – nampak sangat gugup”
 
Bukan niat saya memperlekeh Man Kuda. Petikan di atas adalah hasil temubual saya. Saya rahsiakan nama – nama mereka kerana saya rasa tidak menjadi satu keperluan saya dedahkan di sini kerana ia merupakan pandangan peribadi mereka sahaja.
 
Malah sekiranya kita melihat kebelakang, Man Kuda beraksi baik dalam kejohanan tempatan. Dan tidak dapat disangkal lagi dia merupakan antara yang terbaik kita miliki selain Normanizam, Ezzat dan beberapa yang lain.
 
23% lagi undian memilih keseluruhan regu Malaysia dalam keadaan gugup. Saya juga bersetuju dalam hal ini begitu juga dengan kebanyakan orang lain yang saya temubual. Ini juga didorong dengan kehadiran penyokong yang begitu ramai – paling ramai setakat ini sejak zaman gelap sukan sepaktakraw. Malah, bermain di perlawanan akhir dengan format baru juga tidak mudah. Tekanan bukan sahaja cukup tinggi tetapi menggalas harapan peminat juga merupakan beban yang tidak tertanggung. Bayangkan saja sekiranya kita di tempat mereka. 
 
Perbincangan hangat di dinding Facebook membawa kepada satu perkembangan baru – ramai rupanya yang sangat sayangkan sukan ini dan berkongi pelbagai pandangan. Ada yang membina ada juga yang skeptik. Kegagalan skuad negara di Rayong juga menambah lagi episod duka walaupun kejohanan itu sepatutnya laluan terbaik Malaysia untuk menebus kesilapan.
 
sumber: bolarotan.com
Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s