Negara perlu 5 tahun lagi bagi pulih sepak takraw – PSM

14/12/2011 2:56pm

 

KUALA TERENGGANU 14 Dis. – Negara memerlukan antara empat hingga lima tahun lagi untuk mengembalikan kecemerlangan sukan sepak takraw di persada antarabangsa.

Naib Presiden Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM), Mohd Shapian Ali berkata, itupun sekiranya semua persatuan sepak takraw negeri bangkit dan mengadakan program pembangunan masing-masing.

“Tidak ada langsung kejohanan atau program pembangunan dibuat oleh persatuan-persatuan negeri menyebabkan sukar kita hendak mencari pemain untuk mewakili negara,” katanya ketika diminta mengulas kemerosotan prestasi pasukan negara dalam kejohanan-kejohanan sepak takraw peringkat antarabangsa sejak kebelakangan ini.

Menurut Mohd Shapian, beliau yakin negara dapat melahirkan pemain-pemain baru melalui program pembangunan sekiranya persatuan-persatuan negeri bergerak aktif dan tidak berpeluk tubuh.

“Tiada langsung program dan kejohanan menyebabkan kita ditinggalkan oleh negara-negara lain dalam sukan sepak takraw,” katanya.

Beliau berkata, selain itu, PSM juga perlu melihat semula keupayaan jurulatih-jurulatih yang ada memandangkan sukan itu sekarang semakin maju dan berkembang.

“PSM perlu tingkatkan ilmu pengetahuan jurulatih dengan ilmu-ilmu baru,” katanya. – BERNAMA

copy from: utusan malaysia online

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s